SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KEMAHANG

Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pengunjung blog SK Kemahang..semoga kita dapat berkongsi idea demi memartabatkan anak bangsa,agama dan negara.

Sunday, March 13, 2016

Program Kesihatan (PROKES) Di SK Kemahang

Antara Murid Yang Berjaya Menjawab Soalan Kuiz

Kehadiran Ini Amat Dihargai
Guru Berbincang Bersama Pegawai PKD Lipis

Bahan Maujud - Model Nyamuk Aedes Yang Dipamerkan

Pegawai Sains Makanan Sedang Memberikan Ceramah



Kemahang 8 Mac -Baru-baru ini, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis telah menjalankan satu program pendidikan kesihatan bernama PROKES di SK Kemahang.  Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Sains Makanan dan Pegawai Farmasi selain itu turut diadakan juga ruangan pameran dan edaran risalah kesihatan.

Murid-murid dan guru telah mengikuti ceramah yang dijalankan dengan menarik. Pihak PKD juga turut menyediakan hadiah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh penceramah. Program PROKES ini adalah amat baik dan bertepatan dengan kurikulum sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas inisiatif pihak PKD dalam menjayakan program ini disekolah kami. Semoga kerjasama ini akan berterusan di masa hadapan.

Friday, March 30, 2012

Lawatan Belajar Sambil Melawat Ke Melaka 2011

Baru berkesempatan upload gambar lawatan ke Melaka yang telah diadakan pada bulan Oktober 2011. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar. Murid-murid dapat kutip pelbagai pengalaman sepanjang di sana.





Ahli rombongan bergambar di hadapan Istana Kesultanan Melaka

Ahli rombongan berada di sekitar Bandar Melaka


Tahun 2012, pihak sekolah merancang ingin mengadakan rombongan ke kuantan. Tapi nampak gayanya, guru penyelaras sudah 'memboyot'..Terpaksa dibawa ke tahun hadapan..

Thursday, August 25, 2011

GPK HEM NAIK PANGKAT>GPK 1 SK BETAU

Seperti masih baru Cikgu Mazlan,Cikgu Siti Aishah dan Sir Syakirin meninggalkan SK Kemahang,kini tiba giliran Ustazah Rashidah yang telah berkhidmat selama 11 tahun di SK Kemahang, disahkan menerima tawaran GPK 1 Hakiki berkuatkuasa 16 Ogos yang lalu. Beliau akan berkhidmat di SK Betau,antara sekolah pedalaman   yang agak popular.Ketiadaan beliau di SK Kemahang akan meninggalkan banyak kesan sama ada dari segi pentadbiran, pelaksanaan program dan yang utama ialah nasyid. Semua ini akan menjadi cabaran kepada kami warga SK Kemahang untuk mengekalkan momentum tersebut dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi sedia ada. Semoga Ustazah Rashidah terus maju jaya di dalam perkhidmatan perguruannya.Sekalung tahniah dari kami warga SK Kemahang.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Pada 22 Julai lalu,pihak sekolah telah mengadakan perasmian sambutan bulan kemerdekaan.Walaupun diadakan semasa bulan Ramadhan,namun semangat yang ditunjukkan oleh para guru dan murid amat memberangsangkan.
Beberapa aktiviti telah diadakan seperti nyanyian lagu patriotik, kuiz kenegaraan, laungan merdeka dan kempen kibarkan bendera. Aktivti diteruskan lagi pada hari-hari yang berikutnya seperti pertandingan mewarna, persembahan dan lukisan.Sama-sama kita menghargai tanah air yang tercinta ini.Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Sunday, March 27, 2011

OLAHRAGA MSSM ZON BENTA

SK Kemahang baru sahaja menganjurkan Kejohanan Olahraga MSSM Zon Benta.Sudah bertahun-tahun SK Kemahang menjadi tuan rumah.Berkat kesabaran dan usaha gigih warganya khususnya G.B, GPK KO dan S.U Sukan kejohanan ini dapat juga dilaksanakan. Saya merasakan SK Kemahang tidak lagi wajar menjadi tuan rumah kejohonan ini di masa akan datang berikutan beberapa faktor seperti:
1. Keadaan permukaan padang yang sudah tidak selamat (rumput banyak mati,batu tajam yang sudah mulai timbul dan banyak lopak,).
2. Tiada tempat parking bagi guru-guru pengiring.
3. Kekurangan tenaga penggerak sebelum dan selepas kejohanan.
4. Peralatan sukan yang semakin usang.

Jadinya tahun depan, harap-harap Jawatankuasa Tertinggi Kokurikulum Peringkat Zon dapat mengintai sekolah-sekolah lain yang berpotensi menjadi tuan rumah.Jangan pinggirkan sekolah-sekolah yang berkenaan.Rugi kalau tidak bagi peluang.

"1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia"

MISI MENGHIMPUNKAN BEKAS-BEKAS MURID SK KEMAHANG

Salam buat semua bekas murid-murid SK Kemahang...Mohon jasa baik tuan/puan agar mendaftarkan diri sebagai Followers di dalam blog ini supaya segala mesej dan maklumat terkini berkenaan sekolah dapat disalurkan..Di mana jua anda berada sematkan SK Kemahang di dada..Selamat Maju Jaya

ALUMNI

ALBUM